Fasa Dua Lebuhraya_Timur-Barat

Fasa dua Lebuhraya Timur-Barat menghubungkan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang di Terengganu. Projek lebuh raya ini terbahagi kepada 9 pakej dengan kos RM1.9 bilion, dimulakan pada Februari 2004 dan sepatutnya siap 2007. Sehingga April 2009, lebuh raya ini belum siap sepenuhnya kerana kemelesetan ekonomi dunia. Panjangnya 125 km. Pilihan sebelum ini ialah antara Jeli di Kelantan dan Gerik di Perak.

Kehidupan flora dan fauna terjejas akibat pembinaan lebuh raya ini. Binatang liar dikesan bergerak dari kawasan Taman Negara di selatan ke Hutan Simpan Tembat dan Hutan Simpan Petuang di Hulu Terengganu serta Hutan Simpan Hulu Besut. Tiga jejambat dengan kos RM28 juta dibina antara Pasir Pulau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hingga ke Aring di sempadan Kelantan.[2]